Followers

Showing posts with label Knowledge. Show all posts
Showing posts with label Knowledge. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

Be Positive

 Photo Link :  bloggingtips.com


Just nak share some examples tuk relate ngan tajuk diatas dan untuk merealisasikan goal dengan berfikiran POSITIF :

If you think: "I cheated on my diet and ate a huge piece of cake, so I should just give up."
Think this instead: "I know I can do this. I just need to try a little harder. I’m going to have to put a plan in place so that next time I’m tempted, I can make better choices."

If you think: "I’ve gained a few pounds. I’m never going to reach my goal." 
Think this instead: "I know that setbacks are normal and that I can’t be perfect. I know what I need to do to increase my efforts."

If you think: “I have been good all week. Splurging for one night isn’t going to hurt.”
Think this instead: "I’ve been good all week. Why would I give up now?"



dari link : 



Untuk mendapatkan aura/ion2 positif kite mestilah positifkan diri kite sendiri..disamping bergaul ngan insan2 yang positif didalam environment yg positif..

Walaubagaimanapun dah nama pun manusia, sifat negatif n "down" tu selalu ader..maka untuk medapatkan semula aura positif dalam diri tu perlukan supplement tambahan spt mendekatkan diri dgn ALLAH, berkawan dengan org2 positif, mendengar kata2 positif spt motivasi, ceramah n melihat benda2 yg positif..

Dalam Usaha untuk mendapatkan "POSITIF" dan YAKIN dengan diri sendiri...






us; like tis picture :)

Thursday, October 6, 2011

Bermunajat


Ya Allahu Ya Lathif..
Wahai tuhan yang Maha Lembut,
Lembutkanlah hatiku seperti mana Engkau lembutkan hati pada kekasihMu,
Lembutkanlah hati ini untuk sentiasa ingat padaMu,
Untuk sentiasa bermunajat padaMu,
Sepertimana kelaziman para kekasihMu.


Ya Lathif...
Aku berlindung dari keras dan matinya hatiku.
Ya Lathif...
Wahai yang Maha Lembut,
Berlembutlah denganku sewaktu hari pengadilan nanti,
Aku bermohon dengan sifat Maha LembutMu,
Agar Engkau mengasihaniku dan mengampuniku.
Ameenn...

Wednesday, March 23, 2011

Pilihan dan Keputusan

Assalam n Hi kawan2 ku..

Dah lame den tak update entry..malam ni baru la ader kesempatan nak menulis..hehehehe..den nak kongsi skit tip2 untuk membuat keputusan..Berikut adalah petua yang cukup praktikal untuk diamalkan ketika membuat pilihan..bukan mudah nak buat keputusan yg tepat dan benar..



1, Solat Istikharah
Solat Istikharah patut menjadi prioriti seorang muslim dalam membuat keputusan. Tidak semua perkara yang diinginkan oleh kita adalah terbaik buat kita dan tisak semua perkara yang tidak disukai membawa mudarat. Hanya ALLAH s.w.t yang tahu apa yang terbaik buat kita. Ini dijelaskan lagi dengan firman-Nya yang bermaksud : "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dahuin (ingatlah), ALLAH jualah Yang mengetahui semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah 2: 216)

2. Musyawarah
Musyawarah, syura, bermesyuarat atau diskusi amat penting. Satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. Oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuwan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu-bapa dalam membantu kita membuat keputusan.

3. Dengar Kata Hati
Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tetapi perlu bersyarat. Bukan sembarangan hati kita boleh dengar kehendaknya. Hanya hati yang cintakan ALLAH dan Rasul yang layak dipertimbangkan. Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardu, solat Taubat atau solat Istikharah serta sedang berpuasa.

** Pesanan: Tip yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi mebuat keputusan dalam soal mematuhi
     arahan ALLAH dan menjauhi larangan-Nya.

~ Dipetik dari Majalah Solusi Isu No 22 2010.

Wednesday, November 24, 2010

~ Hati Yang Sejahtera ~

Menyemai benih-benih cinta yang suci
Mendinginkan musim kemarau
Menyembuhkan jiwa yang sakit

Hati yang sakit 
Menyimpan api didalamnya sekian lama
Membara walau dalam kedinginan
Menyakitkan walau ada penawarnya

Hati yang mati
Terkunci semua pintu cahaya
Buta dalam menilai
Makrifat anugerah Tuhan

Bersihkan hati
Carilah inayah dan dakaplah petunjuk
Yang kaya tidak akan fakir
Yang susah akan menjadi mudah
Yang hitam akan bertukar putih
Yang suci bertambah seri
Andai muhasabah diri sejujur-jujur memberi

Itulah hati-hati manusia
Memiliki yang tiada hakiki
Jangan di biarkan hati jadi mati
Jangan di biarkan diri terkunci..

** Hadis & Falsafah ini dipetik dari majalah Nur bulan Nov10