Followers

Sunday, December 26, 2010

Pai Ayam

Hari ni aku mencuba buat Pai Ayam or nama english yer Chicken Pai kat umah ku di Melaka..ayah ku suka pai ayam so aku buatkan la n hantar skit kat rumah nenek n mak cik ku..bagi dorang rase..hehehe..


Homemade by me :)

Resepi Pai Ayam

BAHAN:
Untuk inti pai (filling)
1 cawan isi ayam- dihiris nipis
1 cawan cendawan butang- dipotong nipis -guna yg dalam tin pun boleh
1 tin cendawan butang sup Campbell
1 tin(kecil) kacang pis (sekiranya suka) or Frozen Mix Vege
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 cmb lada sulah
2 cmb mentega/minyak
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
sedikit air (sekiranya terlalu pekat) 

UNTUK KULIT PAI (PASTRI) - guna Pastri segera jer jenama Kawan

cara2 nyer..

1.Panaskan mentega. Tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukan isi ayam dan biarkan seketika.
2.Masukan cendawan butang sup Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati & agak pekat.
3.Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.
4. Guna kaedah cut & paste kulit pastri letak dalam bekas.
5.Tuangkan isi pai yg dimasak tadi keatas base pai.
6. Guna kaedah cut & paste juga utk menutup inti pai sehingga habis tertutup. Bahagian tepi pai ditekan2 guna garfu utk melekatkan bahagian base dengan bahagian atas. Cucuk2 sedikit dipermukaan pastri agar pai tidak menggelembung ketika membakar.
7.Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 cmt air utk mengilatkannya.
8.Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200'c.

Selamat Mencuba yer kawan2..




5 comments: