Followers

Wednesday, March 23, 2011

Pilihan dan Keputusan

Assalam n Hi kawan2 ku..

Dah lame den tak update entry..malam ni baru la ader kesempatan nak menulis..hehehehe..den nak kongsi skit tip2 untuk membuat keputusan..Berikut adalah petua yang cukup praktikal untuk diamalkan ketika membuat pilihan..bukan mudah nak buat keputusan yg tepat dan benar..



1, Solat Istikharah
Solat Istikharah patut menjadi prioriti seorang muslim dalam membuat keputusan. Tidak semua perkara yang diinginkan oleh kita adalah terbaik buat kita dan tisak semua perkara yang tidak disukai membawa mudarat. Hanya ALLAH s.w.t yang tahu apa yang terbaik buat kita. Ini dijelaskan lagi dengan firman-Nya yang bermaksud : "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dahuin (ingatlah), ALLAH jualah Yang mengetahui semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah 2: 216)

2. Musyawarah
Musyawarah, syura, bermesyuarat atau diskusi amat penting. Satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. Oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuwan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu-bapa dalam membantu kita membuat keputusan.

3. Dengar Kata Hati
Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tetapi perlu bersyarat. Bukan sembarangan hati kita boleh dengar kehendaknya. Hanya hati yang cintakan ALLAH dan Rasul yang layak dipertimbangkan. Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardu, solat Taubat atau solat Istikharah serta sedang berpuasa.

** Pesanan: Tip yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi mebuat keputusan dalam soal mematuhi
     arahan ALLAH dan menjauhi larangan-Nya.

~ Dipetik dari Majalah Solusi Isu No 22 2010.

Sunday, March 13, 2011

Malaysia Menang Seluruh England

Congrats to Dato Lee Chong Wei kerana mempertahankan kejuaraan badminton All England. Walaupun tak dapat tengok live kat tv semalam tp seb baik ader org uploadkan video kat you tube..dapat gak la tgk sikit time chong wei nak menang..memang superb la die..Lin Dan pun not bad gak..kira fight la jugak pertembungan dua jaguh ni..


Nak berita details leh la tgk url ni http://www.allenglandbadminton.com